Tuesday, June 12, 2012

perihal diri dan hati ini

assalam...
semoga anda semua mendapat redha-Nya.
alhamdulillah syukur.
aku masih lagi diberi kesempatan oleh sang pencipta..
diberikan masa, ruang dan peluang untuk membiarkan sahaja jari jemari ini,
menari-nari bagi mengekspresikan emosi dan pengalaman.

bukan untuk riya',
apatah lagi menunjuk-nunjuk.
bukan.

niat di hati hanyalah satu,
ingin masa depanku nanti dapat menilai baik buruk diri ini,
selama Allah beri nikmat yang melimpah ruah, 
adakah aku menggunakannya dengan baik.?

atau SIBUK dengan benda-benda lagha..?
berangan-angan kosong,?
astagfirullah...

hati.. oh hati..
kenapa kau begini.?
selalu mengimpikan yang bukan-bukan..
mengharapkan semua yang tidak pasti...

angan-angan..
aku mahu buang kau jauh-jauh..
angan-angan kosong hanyalah satu kerugian..

#demi masa.Sesungguhnya manusia kerugian...

lebih baik jika angan-angan dan cita-cita murni itu,
biarkan sahaja Allah yang mengaturkannya,,
usaha itu perlu,,
perlu sangat,
tetapi jika hanya ada angan-angan kosong..
sudahlah ~

justeru,
perbaiki diri,
tidak perlu menjadi seperti orang lain,
jadilah diri sendiri.

benar kata orang..
manusia ada bermacam-macam ragam..
berbagai topeng..

topeng.
ya.
pada aku..
topeng adalah satu perkataan yang seerti dengan hipokrit.
bermuka-muka..



*tak baik la buat macam tuu kan :)

cuba belajar menjadi diri sendiri..
tak perlu bermuka-muka..


#you are loved for the way you are. be yourself.



zahirah,
tidak perlu bermegah-megah akan kebaikan diri sendiri..
cukuplah Allah sahaja yang tahu..
jangan Riya'.!!
dalam sekelip mata sahaja nikmat yang Allah bagi tu,
boleh ditarik balik..

jangan lah sudah terhantuk baru terngadah...

dan sekarang..
aku masih dalam satu fasa..
fasa mengenali diri sendiri.

dan alhamdulillah...
Allah telah menghadiahkan aku,
sahabat-sahabat yang sungguh indah akhlaknya..
syukur..



tak lupa juga yang menjadi peransang
dan juga membantu aku dalam membina agama dalam diri..
alhamdulillah...


pesan aku,
kepada diri sendiri..

jaga IMAN..

kadang-kadang,
terasa sangat jauh dari Nya..
dek kerana SIBUK dengan hal dunia semata-mata..
hampir alpa...





syukur mempunyai sahabat-sahabat yang dapat memimpin aku menuju ke pintu Syurga..
In Sya Allah ~

akhir kalam..
fitrah manusia yang satu ini,
alpa dan sering lupa,
jadi,
tegurlah saya ~


salam kerinduan,
wassalam ~


jum doa' kejap.

”Ya Allah, cintakanlah iman kepada kami , dan hiaskanlah iman di dalam hati kami, dan bencikanlah kami pada kekufuran dan kedurhakaan serta jadikanlah kami orang-orang yang mendapat petunjuk . Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Islam dan temukanlah kami dengan orang-orang yang saleh, tanpa merugi dan tanpa di fitnah.” ~ Aamiin.

No comments:

Post a Comment