Wednesday, December 29, 2010

halllooo.., assalamualaikum.., hek3

sdg ak na cari pic ak kat laptop ny., ak on la fb jap.,

tetiba, ak nmpk 1 link ny,

then ak bcer la article nyerr..,

subahanallah~

AKU TERPANA.!!


pls take a look ya..,







kelebihan_seorang_wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



inilah LELAKI sejati

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

- Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
- Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu, supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
- Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
- Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
Meskipun dengan niat yang suci,
Kerana dia sentiasa menyedari,
Niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
Kerana dia mengakui,
Makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”!

Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Tuesday, December 28, 2010

ayuhh...,sedarlah..,


kadang kala...
kita ibarat merelakan kemungkaran yang berlaku di hadapan mata..
tanpa sebarang tindakkan untuk mencegahnya. Akan tetapi ada kalanya perasaan bersalah tetap menghinggap di sanubari..
Iman menteriak kesakitan melihat kemungkaran di hadapan mata sendiri...
tetapi mulut bisu membekukan diri tanpa sebarang kata.
Adakah iman kita tidak teguh lagi..?
membiarkan kemungkaran menguasai penjara dunia ini?
sampai bila..?

Ada kalanya perasaan menjadi tonggak utama dalam menyekat kebenaran yang ingin diluahkan.. perasaan bersalah yang dibisikkan syaitan menusuk di jiwa sanubari seorang mukmin.
Akan tetapi sebesar manalah perasaan sebersalah itu dibandingkan perasaan bersalah kita pada Yang Maha Pencipta?
adakah sudah hilang dalam kamus diri perasaan gentar dan takut pada Yang Maha Berkuasa? Bangkitlah wahai muslimin dan muslimat sekalian..
Tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi tidak pernah akan selesai sehingga kita melepasi titian as-sirrat kelak.

Jangan hanya kerana ini, kita terjatuh ke lembah neraka yang hina itu...
Bangkit lah wahai muslimin dan muslimat sekalian..
Tidakkah engkau mengerti dengan ujian yang telah Allah SWT turunkan kepada kaum terdahulu.. ataupun perasaan takut telah lesap dek sanubari durjana itu??
tidak perlu kita melihat kaum terdahulu..sudah cukup kita melihat ujian yang telah diberikan kepada kita pada alaf ini.
Tsunami di acheh, padang di endonesia, pertelagahan di thailand, rusuhan di kahmir, dan lebih teruk penindasan keatas bumi Gaza di palestine...

bangunlah dari igauan mimpi indah..bangkitlah wahai muslimin muslimat..jangan hanya perkara yang mudah bala Allah SWT datang tanpa diundang....

JIKA CINTAKU UNTUK DIA

Ya Allah,
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia...

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya!

Ya Allah,
Jika diriku kau ciptakan untuk dia...

Penuhi hatinya dengan kasihmu,
Terangi langkahnya dengan Nur’Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegalauan,
Temani dia dalam kesepian

Ya Allah,
Jika hatiku Kau ciptakan untuk dia...

Ku titipkan cintaku pada’Mu untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cintamu,
Sungguh aku mencintainya kerana Cinta’Mu.

Ya Allah,
Jika diriku, cintaku, dan hatiku Kau ciptakan untuk dia...

Aku berserah segalanya pada Mu,
Permudahkan urusan dan perjalanan hati ini,
Bimbing dan pimpinlah aku ke jalan Mu,
Berkati dan rahmatilah rasa ini,
Setinggi tinggi harapan ku sandarkan kepada Mu,
Tentukan yang terbaik untuk ku,
Redha aku dengan ketentuan Mu....

Amin Ya Robb....

awk...., (=

awak,
hari ni awak nmpak serabut,
semua org awak tgk mcm pelik,
tp ada jgak hati yg puji,
jd awak jgn moody slalu

awak,
hari ni awak senyum kat saya,
tapi..saya buat2 xnmpak,
sbb hati saya berhenti berdegup 
bila mata kita saling  bertentang

awak,
hari ni awak nmpak comey,
semua org puji,
tp..saya puji dalam hati
padahal nak puji sekuat hati..

awak,
hari ni saya senyum kat awak,
tp..awak buat bodoh jer
hati ni rasa bengang gler..

awak,
hari ni awak duduk depan saya,
tp saya rasa mcm jauh gler,
padahal x sampai sedepa..

awak,
hari ni awak jlan sebelah saya,
tp..saya x tau nak ckap apa,
lidah saya jadi kelu,
jd saya blah camtu saja..

awak,
hari ni saya tgur awak,
awak blas tguran saya
saya gembira yang amat
hnya Allah yg tahu hati ni

awak,
hari ni berubah situasi,
tp sya still kat sini,
masih mnunggu perhatian awak..

awak,
hari ni saya tgk gambar awak senyum,
comey n cantik  sgt
tgk skali xpuas,
bila tgk berkali2 trase sdeyh..

awak,
semoga satu hari nnt,
saya menginsafi diri,
nk tgur n knal awak btul2
tggu saya ek..

awak,
sebelum pergi,
hari ni saya janji,
semua ini utk awak,
sbb knal dgn awak..
anugerah terindah yg pernah saya miliki,
terima kasih awak!!

bUngA yG cAnTiK jArAnG HaRuM

wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

wahai kamu

Tatkala aku mencoret nukilan ini,
Pintaku pada ArRahman, diampunkan segala penyakit hati,
Dan atas segala kekhilafan diri.
Di saat Allah masih mengizinkan udara memenuhi nafas,
Badan mengandung nyawa, dan lisan untuk melafaz,
Aku memilih menutur bicara menerusi warkah cinta untuk makhluk indah dicipta Tuhan,
Dari Hawa untuk Hawa, iaitu kamu yang seperti diriku.


Kamu yang seperti diriku,
Tidak kunafi, kamu cantik,
Lakaran terindah ciptaan Tuhan,
Menawan dan memikat hati sesiapa yang memandang,
Terutama pada pandangan mata sang Adam.
Namun, tika mata mereka tertegun dengan lenggok tubuhmu yang terdedah,
Lalu rambutmu menghias mimpi-mimpi mereka,
Hatiku terselubung rasa hiba,
Kerana rasa sayang dan cinta,
Bukan kerana daku cemburu,
Tetapi antara kitalah ramai ke neraka,
Yang aku pasti tak terjangkau seksanya,
Yang sudah pasti berjuta kali ganda panasnya,
Dibanding dengan marak api di dunia.


Kamu yang seperti diriku,
Aku pernah di tempatmu,
Detik ketika aku bebas berpakaian, dan berteman,
Bahagia dengan hiburan dan pujian,
Bangga mempamer perhiasan,
Padahal yang sebenarnya ia milik Tuhan.
Aku tahu tentang aurat, dosa, dan pahala,
Namun dalam kamus duniaku ia tiada mengandung makna.
Bukanlah aku tidak fahami tentangnya,
Namun seakan mahu tidak memahaminya,
Kerana itu pilihanku..


Tuhan ternyata sayang,
Mahu aku pulang, melalui satu peringatan,
Bahawa KekasihNya menangis, wahai kamu yang seperti diriku..
Rasulullah yang kasihkan umatnya itu menangis…
Kerana diperlihatkan segolongan dari kita menanggung dahsyatnya azab di akhirat sana..


Segolongan antara kita ada yang tergantung rambutnya dan otaknya menggelegak,kerana tidak menutup rambut,
tergantung lidahnya kerana memaki dan menyakiti hati suaminya,
memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka,
kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar kerana mengumpat dan mendusta,
berupa seperti anjing kerana membuat fitnah dan membenci suaminya,
dan banyak lagi, yang tidak mampu kuteruskan bacaan kerana gentarnya diriku wahai dirimu..
Nauzubillahi min zalik,Aku memohon dari perkara sebegitu berlaku ke atas kita..


Wahai dirimu yang seperti diriku,
Apakah kamu tidak gentar seperti diriku?
Tentang pembalasannya yang tak tertanggung
Sedangkan pintu kebaikan mampu kita cari,
Kerana janjinya,Allah memudahkan kita ke syurga…


Wahai dirimu yang seperti diriku,
Dan kini, aku tahu dan kamu tahu,
Istighfarlah..
Lalu jangan didustakan lagi tentang apa yang kamu kini tahu,
Buanglah sejauhnya segala jahiliah diri,
Kembalilah dengan satu hati yang suci,
Tanda hijrah hamba yang sejati.



Dari,
DIRIKU, insan lemah yang mencintai DIRIMU..

cintaku pada si Dia

slm utk semua,,=)
perhatian!!
entry ini agak jiwang-jiwangan sikit...
sekadar luahan perasaan,,,
enj0y reading it,,


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..

Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

kerana dirimu amat berharga

Kadangkala, tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan ganbar2 mereka pada page2 mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace, mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym sebagai medium perhubungan... terbit rasa hairan di dalam hati ini.. dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di hati mereka..?


ADA APA DENGAN GAMBAR..??


Baiklah... ana rase mungkin ramai yg membacaperkara ini merasa pelik..? Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu perkatakan selepas ini...


ana mulakan dengan persoalan..
Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
dan byk lagi ana rase....


jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2 Friendster dan respon mereka...




KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA


Sedarlah wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..??
Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..
Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..?? Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini..


Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...
Tidakkah kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?
INGAT..!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2.. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website ygtidak sepatutnya.... Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...
(jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop ini.. hehehe...








MUSLIMAH DAN GAMBAR


Perlu ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.. Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..
namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..


Sebenarnya perkara ini telah dijelaskan dalam post yg terdahulu..


Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??


Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....(mafhum)


Sedarlah muslimah/akhowat.. sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH...!!takbole


Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah, tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Ingatlah sahabatku yang tersayang, Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu.

m y f u t u r e



    haaa..,tuh la web2 yg sempat ak search tyme b4 pg PLKN..,hoping for the best.,ad org penah ckp kat ak,ad la,org tuh.,dy ckp,kiter kne ALERT,kiter kne CEPAT,kiter kne GRAB peluang yg ad..,

    oke..!! haa.,ak raser BERTUAH n HAPPY coz ad senior2 yg BAIK n CARING.,huuuhu.., sbb dorg la,ak bley dpt byk info, psl mcm2.,tanyer jer.., ak kn tade abg n akk, so, ad la jgk guide klo ad dorg., LOVE u all.!!

    hmmm..,smpai sni jer la entry kali ny..,da msuk zohor,na p BERIBADAH kjap..,hehe..

    SALAM SAYANG ~

    gEosCiEncE

    Why study Geoscience?

    Geoscience investigates some of the most interesting and important scientific
    questions of our time. Our lives today, and even the survival of our species,
    are dependent on understanding our planet and the way it has evolved
    through time - and how it may change in the future.
    Our degree courses tackle questions such as "how did life originate, and
    evolve?", "can we limit global warming?", "what will happen when that
    volcano erupts?" or "how can we sustainably provide resources for a global
    population of 7 billion people?", whilst teaching the subject-specific and
    transferable skills that equip you for a successful career.
    Geoscience is the ideal subject for those with a broad interest in science and
    its application to the natural environment.


      
    SERIUS KEW NA AMEK GEOLOGY NY.?? ADUU.,TENSION LA,

    AD SORG NY,TNYER AK, "KAW SURE KEW DGN GEOLOGY NEYH.??"

    AGY LA WAT AK CONFIUS.,HURMM..,XPER LAA., AK AKN STILL NGAN GEOLOGY TILL I FOUND ANOTHER INTERESTING CAREER.,

    I LOVE NATURE, REALLY..,SO,TUH JEW CAREER YG SUIT NGAN AK.., SLAIN PHOTOGRAPHER..,HURM, THAT'S JUST A HOBBY ON MY LEISURE TIME...,

    THAT'S ALL FROM NOW.,.,

    SALAM SAYANG ~

    aku tinggalkan cintaku kerana Allah

    Wahai teman-teman sekalian,

    Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri,apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

    Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

    Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah
    saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah
    agama lelaki berasrama penuh.Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

    Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

    Dia seperti yang telah saya ceritakan,bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-..santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan
    senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana
    dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.Saya seorang yang amat kuat bersembang
    dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

    Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu
    yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali 
    dengan lebih dalam siapa

    sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia
    amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu,sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

    Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak
    terrkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

    Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal
    saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara
    peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

    “I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and
    official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

    “Not a single phrase, nor a word.”

     “My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

    Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah,dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya...
    Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya.Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari
    kesilapan saya selama ini.

    Ummi berkata: 
    “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

    Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir,tetapi dia tahu itulah yang terbaik buatkami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi
    ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.Andai ada jodoh kamu berdua,insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam
    keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

    Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang
    berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

    Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah.Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

    Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang
    akan jadi teman hidup saya nanti.Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir.Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah,sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya.Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

    “Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.”

    Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

    p/s : Renungkanlah diri kita.. apa yang kita jaga sebenarnya dalam hubungan kita dengan si dia.. bagaimana pula hubungan kita ngan Allah..semoga kisah ini dapat kita jadikan panduan..

    wallahu'alam...

    coretan hidupku

    salam sumer.,

    blogging.., ( :

    it's looking interesting right.??

    hu..,ak ny manusia biasa,n salalu inginkn prkara yg luar biasa.,

    so., i'm a newbies here.., a blogger..,

    act.,na pnuhkan sumer masa yg ad, coz,tw2 je la,pas spm, confirm la,byk free

    cam rser da tataw na wt per da..,btul.,

    haha..,


    ok.,it's all from now.,tata